Luah...
Bukan semua yang kita ingin, dapat
kadang sudah selangkah ke depan
terpaksa berpatah kebelakang,
ada alasan
Bukan mahu mempersoal takdir Tuhan
kerana itu skrip kehidupan
kadang ngilu dirasakan
seolah dicucuk duri tajam
Bukan ingin mempersalahkan
namun sendirian ditinggalkan
tanpa teman
di tempat baru lagi asing
Mungkin sudah tertulis takdir
bukan disini namun disana
tiada jaminan
Mulakan langkah baru
satu persatu
dahulukan minat bukan paksa
yakinkan diri
tabahkan hati
beranikan diri
Kawan adalah segalanya..
Comments
Post a Comment