Taman Pertanian Sekayu - Terengganu


Assalamualaikum wbt,

wow, lama sungguh x update new post. hehehe.. so, harini saya nak share sikit pasal Taman Pertanian Sekayu. Ramai yang pernah pergi mandi dekat air terjun sekayu, namun korang tahu tak ada jugak taman pertanian sekayu? 

Ok, jadi apa yang ada dekat taman pertanian sekayu ni? Sebelum itu, Taman Pertanian Sekayu ni di bawah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu manakala, Air Terjun sekayu pula bawah Jabatan Perhutanan Negeri. haa dapat tak? hahaha..

Antara benda2 yg terdapat kat taman pertanian ni, of course laa pokok2..nama pun taman pertanian kan..hehe..banyak pokok buah-buahan yang di tanam di sini. Selain buah-buahan, pokook-pokok nadir pun ada di tanam di sini seperti pokok ceri terengganu dan sebagainya.

Disamping itu, terdapat juga beberapa ekor rusa dan burung unta yang di bela di taman pertanian ini. Taman Pertanian Sekayu ini juga terkenal dengan lebah kelulut di mana, taman ini merupakan tempat pengumpulan spesies lebah kelulut yang terbesar di dunia. Di taman ini terdapat 25 jenis kelulut daripada 35 jenis spesies kelulut yang ada di dunia. So, korang apa lagi...meh laa datang tengok lebah2 ni..hihi

Next, kat taman ni pun ade disediakan perkhidmatan chalet, asrama, dewan serbaguna untuk kegunaan pelancong yang datang. Disini juga terdapat taman orkid , taman herba dan sebagainya. Haaaa, paling menarik dekat sini ada kolam tema..boleh mandi manda =D

Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan sebenarnya, seperti berkayak, petik buah-buahan haa...seronok..nanti cuti boleh bawak anak2 jalan2 ke taman pertanian ini..

Jadi kat bawah ni saya kongsikan gambar saya dan kawan-kawan ketika melawat ke taman pertanian sekayu untuk melakukan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami.

 
Bersama Tuan Pengurus Taman Pertanian Sekayu


 
Aktiviti Berkayak dan Bot Kayuh




 
Rusa Sumatera


 
Burung Unta


 
Kelulut


 
Air Terjun di Taman Pertanian Sekayu


 
Kolam Tema


 
De' Haura



Selain dari gambar2 ni, kami juga ada video untuk menunjukkan keseluruhan aktiviti yang dilakukan di Taman Pertanian Sekayu ini. Dari kumpulan kami, De'Haura.




                      

Comments

Popular posts from this blog

Memories

-jujur-