Memories
Assalamualaikum wbt,
Semoga sihat walafiat kepada
semua yang membaca. Lama betul tak update post =D , harini saya sambung post
yang sebelum ini. Hah tapi kali ni saya nak post pasal roommate2 saya, Nur
Hidayah dan Nur Atikah, sebab dah janji kan..hehe. ok, pendahuluan lah dulu ya.
Ini adalah kali pertama tau saya tinggal di hostel , selama ni sekolah harian
je. So, masa first nak masuk kolej dulu memang dah prepare dari segi mental
fizikal. Macam2 dah saya plan, such as kena beramah mesra dengan roommates,
cuba hilangkan rasa awkward sesame sendiri dan kena hulurkan salam perkenalan
terlebih dahulu dengan rakan sekelas. Maksudnya saya kena start beramah mesra
dulu laa..actually benda ni penting tau untuk mengelakkan kita daripada xde
kawan, jalan sorang2, study sorang2, xde life mana laa beb! So, semua plan saya
Berjaya. Semua saya buat, untuk kepentingan diri juga.
Alright, tak tau mana nak mula
ni..aah ok, saya bagi ciri2 diorang dulu eh, first yang paling tua laa, Dayah.
Dayah ni walaupun paling tua tapi dialah yang paling pendek. Huhuhuhu..sorry2..
XD ! dalam bilik dayah sorang je modul-ii. Lagi, dayah ni katil die sebelah
katil saya, so tiap2 malam mmg kami akan rapatkan katil. Bukan tiap2 malam
laa,,setiap masa kecuali kalau felo nak naik cek.hahaha… next, Tikah ni
katilnya depan katil saya, die sorang2 je lah kat situ memandangkan roommate yg
sorg lagi dah keluar. Tapi die kisah ape, sorang2 pun xde hal lah, paling
berani dalam bilik. Penyelamat saya kalau ade serangga yang mengganggu,(ya, sy
sgt takutkan serangga) and not forget Dayah juga.
Ok next, kitorang ade meja
makan sendiri tau dlm bilik iaitu katil kosong yg xde org duduk. Bagus betul
ade meja makan, kitorang dpt makan sama2 sambil sembang2, then senang nak
kongsi2 makanan. Selalu kalau balik bermalam kitorang akan bawak balik nasi,
kuih2 dll ke hostel. Makan malam sama2 then bancuh nescafe, perghh..tapi satu
laa tabiat kitorang lepas minum air gelas x basuh, duduklah gelas tu atas ‘meja
makan’, pernah saya biarkan sampai 2 hari..hahaha..tengok2 dah ade orang basuh.
Apalagi ye? Ok, memandangkan ade satu loker kosong dlm bilik, kami bertiga
pakat letak barang2 dalam loker tu..sebab tu bila orang masuk bilik kami nampak
xserabut. Sampai member saya sorang ckp, ‘bilik korang ni tenanglaa’. Hahahahaha…untung
betul kami kan?
Lagiiii, sebenarnya nak add
gambar tapi usb ni bermasalah pulak, nanti2 saya update. Ok, lagi kenangan
kitorang masa nak ups-ii . x silap saya masa tu rasanya ade ajl. Malam tu
kitorang turun dinner then sempat laa layan sikit ajl, org xramai kat kafe,
semua duk study la kot. Then kitorang pun naik bilik, naik je bilik si Dayah ni
bukak ajl kot fon die pulak dah..mula2 sy xlayan, sy buat revision sikit, tikah
pergi menempel kat dayah. Lama2 mcm best lah pulak tgok diorg, last2 aku join
sekali, tgok sampai habis, xstudy laa malam tu jawabnya. XD
Ok, tiba2 teringat kat
perangai Tikah pulak, Tikah ni kan emm mak tiri laa kot dalam bilik tu. Haha,
bukan apa dia ni kan kalau tanya soalan patu dia jawab tapi kita masih xdpt, so
die kena ulang laa kan? Tapi saya ni kdg2 die ulang byk2 pun masih xfaham jadi,
ini telah menyebabkan dia marah..haha,, so mmg selalu jugak laa kena marah,
sampai kdg2 kalau sy nak tny die something kan, sy dah ready nak kena marah,
betul dan sy xpernah ckp laa pulak kat diorg,,hehe…kesian kan,,the youngest dlm
bilik. Kenangan lucu dan sgt mahal harganya, tak ternilai…rindu… so, Tikah
selalu jugak laa bertekak manja dgn Dayah dlm bilik tu, kdg serabut jgk..haha,,
pernah satu ketika nak basuh gelas, ‘awak laa basuh,sy dah basuh haritu’, ‘awak
laa’…….dan akhirnya aku juga yg basuh….sbb bising kan…hahaha XD
Rasanya dah panjang sgt, lagi2
memori tu ade yg rasenya xperlu nak share seperti bangun pagi pada hujung
minggu pukul berape, haha, sorang je time jam dlm bilik, bila jam b’bunyi ,
tutup dan sambung tidur balik..,patutlaaa kan… XD hah, lagi satu kitorang kan
girls so selalu laa main cat2 kat kuku, bukan cat, xtau nak eja gane, lupa nak
tanya dayah, byk betul lupa nak tny, lupa jgk nak tny mcm mane die belit shawl erk..?nampak
simple n mudah..ermmmm…sy punya cat2 kuku Tikah bawak balik sekali dgn yg die
punya, patutlaa cari xjumpa2..huhu..kdg main kilat2 kuku,,guna span asah2
tu..nak pegi exam pun sempat lagi…hihi..rasa macam banyak lagi memori tapi
xlarat nak menaip..sampai disini saja ya..
Ok lah, saya doakan diorang
dapat masuk universiti yang terbaik dgn kos yg diorang minat,,,kita sama2
berjaya ya girls.. Never give up, fighting!! Salam Sayang dan Salam Aidilfitri
maaf zahir dan batin.
Sincerely, Love and
Hugs,
loverynn.com
wish u all d best..dh dpt result inform laa...hehehe
ReplyDeletehehe..orait
Deletewish u all d best..dh dpt result inform laa...hehehe
ReplyDelete