-jujur-



Jujur
kadang diri rasa bertuah
ada kawan ada teman

Jujur
kadang rasa diri paling hebat
paling layak
namun sadis hanya khayalan

lihat pokok jika disiram
dibaja lagi mentari sempurna
tumbuh megah
dengan bunga dan buah
jadi kebanggaan
ia berbakti 
kepada yang berbakti

Manusia pula
dihadiahi, diagungkan, disanjungi
lupa diri

bukan semua
sebilangan mungkin
yang terasa pedasnya

sedangkan bunga mawar
melindungi diri dengan duri
menjaga diri dari rakusnya insan 
yang tahu memetik
hapuskan kecantikan,
hanya bunga

Kita
membiarkan diri bebas
hanya kerana keinginan
lupakan batas
ditegur, dibalas
penuh egois  
tiada hormat

ada akal
berfikir
ada hati
untuk perasaan
jaga diri, jaga hati, jaga iman....


 

Comments

Popular posts from this blog

Taman Pertanian Sekayu - Terengganu

Memories