-jujur-
Jujur kadang diri rasa bertuah ada kawan ada teman Jujur kadang rasa diri paling hebat paling layak namun sadis hanya khayalan lihat pokok jika disiram dibaja lagi mentari sempurna tumbuh megah dengan bunga dan buah jadi kebanggaan ia berbakti kepada yang berbakti Manusia pula dihadiahi, diagungkan, disanjungi lupa diri bukan semua sebilangan mungkin yang terasa pedasnya sedangkan bunga mawar melindungi diri dengan duri menjaga diri dari rakusnya insan yang tahu memetik hapuskan kecantikan, hanya bunga Kita membiarkan diri bebas hanya kerana keinginan lupakan batas ditegur, dibalas penuh egois tiada hormat ada akal berfikir ada hati untuk perasaan jaga diri, jaga hati, jaga iman....